PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kelonggaran kepada murid di negeri terjejas banjir untuk tidak memakai seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka semula selepas Cuti Penggal 2 Sesi 2025/2026. KPM memaklumkan murid yang terkandas dan tidak dapat hadir ke sekolah boleh mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sebagai alternatif. “KPM kini giat membuat persiapan pembukaan sekolah termasuk kerja pembersihan dan penyelenggaraan di premis yang terjejas banjir. Murid yang terlibat diberi…