BUKIT MERTAJAM : Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah mengeluarkan Notis Berhenti Kerja kepada sebuah syarikat pemaju projek pembangunan di Taman Guar Perahu di sini susulan insiden banjir lumpur yang berlaku di kawasan itu, semalam. Jurucakap MBSP berkata, hal ini demikian kerana, syarikat pemaju tersebut didapati telah melanggar syarat yang digariskan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (Majlis Perbandaran Seberang Perai) 1992. Beliau…