PETALING JAYA: Tarikh 11 September 2001 akan terus dikenang dalam sejarah dunia sebagai serangan pengganas paling besar pernah dilancarkan ke atas Amerika Syarikat (AS). Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semua agensi keselamatan dan perisikan di seluruh dunia turut tergamam dengan impak, perancangan teliti, komitmen dan keberanian Kumpulan Al-Qaeda yang mendalangi serangan tersebut. Namun, katanya apa yang tidak diketahui umum adalah penglibatan Bahagian Counter Terrorism…










