PETALING JAYA: Blok ASEAN digesa segera mengambil langkah bersepakat mengiktiraf negara Palestin secara kolektif, khususnya menjelang Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York bulan ini. Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata, pengiktirafan bersama negara anggota ASEAN bukan sahaja akan mengukuhkan kedudukan Palestin di pentas antarabangsa, malah mampu memberi pengaruh kepada lebih banyak negara untuk mengambil langkah sama. “Malaysia dan majoriti negara ASEAN telah konsisten menyokong pendirian…