PUTRAJAYA: Malaysia menjadi tuan rumah dalam mesyuarat ASEAN Parties Against Corruption (ASEAN PAC) Ke-21 yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Oktober ini. Objektif ASEAN PAC yang dianjurkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah mengukuhkan kerjasama serantau melalui perkongsian pintar antara sektor awam-swasta dalam memerangi rasuah. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, mesyuarat ini akan disertai 10 negara ASEAN dan organisasi-organisasi antarabangsa selain Timor-Leste yang menjadi negara pemerhati.…