PETALING JAYA: ASEAN kini berada pada kedudukan ekonomi kelima terbesar dunia dan diyakini mampu melonjak menjadi blok keempat terbesar menjelang 2030. Ini berikutan pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) serta perjanjian perdagangan yang dipertingkatkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ASEAN tidak boleh sekadar menjadi pemerhati pasif, sebaliknya perlu tampil sebagai peneraju dengan memperkukuh rantaian bekalan, memperkasa perusahaan kecil dan sederhana, melabur dalam kelestarian serta merangkul inovasi. “Sebagai Pengerusi…