KEPALA BATAS: “Arwah anak sulung daripada dua beradik yang menjadi harapan keluarga dan pemergian mengejut ini amat memilukan”. Demikian luahan Azlina Ali, 49, iaitu ibu kepada anggota tentera, Muhamad Haziq Adnan, 22, yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Shah Bandar, Taman Bertam Perdana di sini, semalam. Azlina berkata, anaknya bertugas di Kem Terendak, Melaka dan pulang ke sini untuk bercuti sejak Jumaat lalu. “Sebelum kejadian, arwah ada…