Ardell Aryana ditugaskan sebar bukti, buat isyarat bantuan jika kapal diserang - Utusan Malaysia

Ardell Aryana ditugaskan sebar bukti, buat isyarat bantuan jika kapal diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan aktivis Global Sumud Flotilla (GFS), Ardell Aryana, ditugaskan membuat isyarat bantuan sekiranya kapal mereka diserang pihak Zionis Israel.

Menurut suaminya, Nadzmi Adhwa, Ardell atau Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, perlu membuat video siaran langsung menerusi media sosial atau memuat naik rakaman serangan secepat mungkin.

“Jika Ardell atau delegasi diserang, dia akan buat ‘live SOS’.

“Tugasnya adalah untuk merakam dan sebarkan segera menerusi siaran langsung,” katanya Nadzmi menerusi satu siaran langsung di TikTok.

Maklum akan risiko yang bakal dihadapi isterinya sepanjang misi menyampaikan bantuan ke Gaza, Nadzmi bagaimanapun reda dengan perjuangan isteri tercinta.

“Semoga Allah reda dengan usaha mereka. Soalan yang tiada jawapan buat masa ini. Bila Ardell nak pulang? Manalah saya tahu,” ujarnya.

Terdahulu menerusi satu perkongsian di media sosial, Ardell mendedahkan sekiranya mereka diserang, segala peralatan elektronik termasuk telefon akan dibuang ke laut.

Ardell akan menjadi orang terakhir yang akan membuang telefon selepas memuat naik video bukti serangan:

Misi Global Sumud Flotilla menghimpunkan aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara, termasuk Malaysia, dengan tujuan menghantar bantuan terus kepada rakyat Palestin yang terkepung di Semenanjung Gaza. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN