PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Doha malam tadi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam yang menghimpunkan pemimpin serta wakil negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini. Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad pada pukul 9.30 malam Ahad waktu tempatan (2.30 pagi Isnin waktu Malaysia) sebelum beliau menerima kawalan kehormatan daripada Pengawal Istiadat Amiri. Ketibaan Anwar disambut Timbalan Perdana…










