MELAKA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) melancarkan projek Rasa Melaka by Angkasa di Jonker Walk, tarikan baharu pelancongan berasaskan gastronomi, budaya dan keusahawanan koperasi di negeri ini. Presiden Angkasa, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata, projek tersebut diyakini menjadi model perintis koperasi dalam sektor pelancongan dan gaya hidup, sekali gus memartabatkan produk tempatan serta memberi nilai tambah kepada ekonomi komuniti setempat. “Melalui platform ini, koperasi berpeluang menampilkan produk makanan…