KANGAR: Meskipun baharu dua tahun menyertai Pas, kejayaan Datuk Seri Shahidan Kassim menang pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat bagi sesi 2025/2027 membuktikan pengaruh Ahli Parlimen Arau itu masih kuat dalam arena politik negara. Shahidan, 74, yang memperoleh 717 undi berjaya menempatkan diri dalam kalangan 18 AJK yang dipilih dalam pemilihan bersempena Muktamar Tahunan Pas Ke-71 di Kedah berakhir kelmarin. Ironinya, kemenangan Shahidan bukan sahaja mengukuhkan peranannya dalam Pas, malah…










