MARANG: Mendengar alunan suara bacaan al-Quran dan melihat ibu bapa bersiap-siap pada waktu pagi antara memori paling dirindui bagi salah seorang anak kepada pasangan suami isteri yang lemas dalam tragedi bot terbalik di perairan Kuala Merchang, 31 Ogos lalu. Nur Nabilah Abdul Rahim, 23, yang merupakan anak ketiga pasangan Allahyarham Abdul Rahim Mustaffa, 47, dan Allahyarham Norhasriah Che Osman, 46, berkata, dia berasa semuanya bagaikan kosong selain rumah didiami sunyi…