GEORGE TOWN: Meskipun hanya membesarkan seorang anak angkat, Teoh Guet Kheng, 65, tidak pernah menganggap remaja tersebut yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) sebagai beban dalam kehidupanya. Pun begitu, Guet Kheng yang berniaga laksa sebagai mata pencariannya sentiasa bimbang apabila memikirkan mengenai masa depan anak tersebut yang dikenali sebagai Teoh Zheng Yan, 13. Lebih menggembirakan Guet Kheng, remaja diasuhnya sejak kecil itu juga akhirnya berjaya memperoleh kad pengenalan diri…