KUALA LUMPUR: Landskap jenayah yang semakin kompleks menuntut pengukuhan keupayaan fasiliti teknologi sains forensik yang lebih moden dan canggih agar dapat menandingi trend manipulasi oleh sindiket jenayah global. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan berkata, Simposium Sains Forensik Kebangsaan untuk Penguatkuasaan Undang-undang (NAFSLE) ke- 6 menumpukan inovasi sains forensik khususnya mengadaptasi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam siasatan pihak polis. Menurutnya, peserta didedahkan dengan isu dan cabaran dalam siasatan…