KUALA LUMPUR: ASEAN sepakat menubuhkan pasukan petugas khas dianggotai angkatan tentera serantau, bagi mengekang ancaman bukan tradisional rentas sempadan termasuk jenayah siber dan penipuan dalam talian. Penubuhan pasukan petugas khas itu dipersetujui semua Panglima Angkatan Tentera (PAT) ASEAN dalam Persidangan Panglima-Panglima Angkatan Tentera ASEAN Ke-22 (ACDFM) di sini, hari ini. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar berkata, penubuhan pasukan khas itu yang dianggotai tentera negara ASEAN, dianggap…