KUALA TERENGGANU: Seorang mudir pondok di Tumpat, Kelantan dikenali sebagai Abuya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz lelaki berusia 14 tahun. Tertuduh, Mohamad Aswadi Yah, 46 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Nor Aklima Wan Salleh. Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal di sebuah premis di…










