JERANTUT: Dua ekor gajah denak, Abot dan Sanum sekali lagi membuktikan keupayaan luar biasa apabila berjaya memujuk seekor gajah jantan berusia lingkungan 20-an yang tersasar masuk ke hutan kecil di bandar Jerantut, di sini untuk kembali ke habitat asalnya. Dalam operasi bersepadu Unit Tangkapan Gajah (UTG) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang itu, gajah jantan berkenaan ditangkap selepas berkeliaran berhampiran Bukit Kuantan di belakang Klinik Kesihatan Bandar…