LUNDU: Sebanyak 85 ekor anak penyu agar dari dua sarang yang berjaya menetas telah dilepaskan ke laut di Pantai Pugu di sini. Sarawak Forestry Corporation (SFC) berkata, kesemua anak penyu itu adalah daripada penetasan telur pertama di Pantai Pugu menerusi Program Pemuliharaan Penyu di Kampung Pugu. Katanya, anak-anak penyu itu dilepaskan ke laut pada pukul 7.30 malam kelmarin. SFC menyifatkan kejayaan itu dicapai menerusi kerjasama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan…