397 mangsa banjir di empat PPS di Tanjung Malim - Utusan Malaysia

397 mangsa banjir di empat PPS di Tanjung Malim

MANGSA banjir yang berlindung di PPS Dewan Serbaguna Kg. Pauh di Tanjung Malim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Jumlah mangsa banjir di daerah ini mencatat 397 orang daripada 91 keluarga yang kini ditempatkan di empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat ini.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, empat PPS tersebut ialah Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah Batu 7, Dewan Orang Ramai Kampung Pasir, Kampung Orang Asli Sungai Lembing, Behrang Stesyen dan Dewan Serbaguna Kampung Pauh.

“Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah Batu 7 menempatkan 158 mangsa merangkumi 40 keluarga, Dewan Orang Ramai Kampung Pasir (124 mangsa, 22 keluarga).

“Sementara itu, Kampung Orang Asli Sungai Lembing Behrang Stesyen pula seramai 55 mangsa merangkumi 13 keluarga dan Dewan Serbaguna Kampung Pauh menempatkan 60 mangsa daripada 16 keluarga,” katanya.

Hujan lebat sejak tengah malam tadi menunjukkan tiada penurunan paras air dan PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Slim yang dibuka tengah malam tadi sedang menerima kemasukan mangsa secara berterusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN