1,415 saman bas ekspres, persiaran tidak patuh pakai tali pinggang keledar

1,415 saman bas ekspres, persiaran tidak patuh pakai tali pinggang keledar

Aedy Fadly Ramli pada sidang akhbar di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 1,415 notis saman dikeluarkan kepada penumpang serta pemandu kenderaan perkhidmatan awam atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar, bagi tempoh 1 Julai hingga kini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,212 notis saman direkod melibatkan bas ekspres dan 203 notis saman melibatkan bas persiaran.

“Bagi kesalahan tidak pakai tali pinggang keledar membabitkan pemandu bas ekspres, sebanyak 39 saman telah dikeluarkan, manakala 45 saman pula kepada pemandu bas persiaran.

“Sebanyak 1,147 notis saman pula melibatkan penumpang atau kelindan bas ekspres yang tidak memakai tali pinggang keledar dan 158 saman terhadap bas persiaran.

“Sejumlah 26 notis saman turut dikeluarkan ke atas bas ekspres kerana tidak memasang tali pinggang keledar,” katanya kepada pemberita menerusi sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Pada 29 Jun lalu, media melaporkan, semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar berkuat kuasa 1 Julai.

Aedy berkata, penguatkuasaan itu terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020, manakala bas yang dibina sebelum tahun 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali keledar itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN