14 September, Fazura kenang pemergian bapa 25 tahun lalu - Utusan Malaysia

14 September, Fazura kenang pemergian bapa 25 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi popular, Nur Fazura Sharifuddin, menyentuh hati ramai apabila mengenang pemergian bapanya, Allahyarham Sharifuddin Adnan, yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 September, 25 tahun lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Fazura, 42, berkongsi sebuah video berkonsep hitam putih yang memaparkan dirinya mengenakan busana rekaan pereka tempatan, Zaimi Zulkafli, yang turut menampilkan gambar kenangan bersama arwah bapanya.

“14 September, 25 tahun berlalu. Takkan hilang cintaku padamu. 

“Al-fatihah papa,” tulisnya ringkas di ruangan komen.

Sebelum ini, pelakon Pisau Cukur itu juga pernah berkongsi pemergian bapa yang dianggap tiba-tiba telah membuatnya hilang tempat bermanja selain menyifatkan arwah sebagai lelaki pemurah, penyayang kepada semua orang. 

Perkongsian Fazura itu turut menyentuh hati warganet khususnya buat mereka yang pernah merasai kehilangan ibu bapa.

“Cinta pertama dan tak pernah luntur adalah ibu bapa kita, doanya tiada hijab dan terus mustajab. Semoga arwah bapa ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulis pereka fesyen, Zaimi Zulkafli di ruangan komen.

“Saya faham apa yang awak rasa, hanya pernah kehilangan sosok seorang bapa yang akan mengerti,” tulis komen yang lain.

“Al-fatihah buat arwah bapa kak Faz,” tulis satu peminat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN