KUALA LUMPUR: Hampir 12,000 notis advokasi dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang ingkar undang-undang trafik sejak pelaksanaan Ops Pematuhan Undang-Undang (Op PUU), selama enam hari bermula 6 September lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, sebanyak 11,984 notis advokasi dikeluarkan sepanjang operasi yang dijalankan sejak 6 September hingga semalam. Katanya, Op PUU menumpukan kepada aspek pendidikan, penglibatan komuniti, pengurangan kesesakan akibat sikap pengguna jalan raya serta usaha pencegahan…