Utusan Malaysia, Kosmo! raih tiga Anugerah Media Terengganu

Utusan Malaysia, Kosmo! raih tiga Anugerah Media Terengganu

ZAID Mohd. Noor (kiri), Kamaliza Kamaruddin (tengah) dan Puqtra Hairry Rosli bergambar bersama hadiah yang dimenangi pada Majlis Apresiasi Media Terengganu di Kuala Terengganu, malam tadi. - UTUSAN/NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Media Mulia Sdn. Bhd. menerusi dua akhbar terbitannya, Utusan Malaysia dan Kosmo! meraih tiga anugerah dalam Majlis Apresiasi Media Terengganu 2025 di sini, malam tadi.

Jurugambar Utusan Malaysia, Puqtra Hairry Rosli memenangi tempat kedua bagi Kategori Foto Terbaik Media Cetak dengan karyanya bertajuk Sarung Cempedak yang menggambarkan warna-warni perniagaan kecil di desa sebagai simbol ekonomi rakyat.

Wartawan Kosmo! sebelum ini, Kamaliza Kamaruddin turut meraih tempat kedua bagi Kategori Berita Terbaik Media Cetak hasil laporan Rania ‘Pengembala’ Cilik Kambing yang mengangkat kisah seorang anak kecil yang tidak kekok ‘berkawan’ dengan kambing ternakan bapanya.

Kedua-dua mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000, trofi dan sijil penghargaan. 

Sementara itu, bekas Wakil Negeri Utusan Malaysia Terengganu, Zaid Mohd Noor mendapat tempat ketiga dalam kategori sama menerusi laporan Tasik Kenyir Nadi Kehidupan yang menyorot kepentingan tasik tersebut sebagai sumber ekonomi, pelancongan dan pemeliharaan alam sekitar sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500, trofi dan sijil penghargaan. 

Penyampaian ketiga-tiga anugerah disempurnakan oleh Pengerusi Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Majlis yang kali terakhir dianjurkan pada 2022 itu mempertanding pelbagai kategori termasuk Foto Media Cetak Terbaik, Berita Media Cetak Terbaik, Berita Media Digital Terbaik, Foto Media Digital Terbaik, Video Media Digital Terbaik serta Pempengaruh dan Halaman Media Sosial Terbaik.

Pada majlis sama, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut diumumkan sebagai Tokoh Media Berpengaruh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN