URA bertentangan Perlembagaan Persekutuan 

URA bertentangan Perlembagaan Persekutuan 

N. SURENDRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu menarik balik Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Bandar 2025 (URA) kerana didakwa bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. 

Penasihat Lawyers for Liberty (LFL), N. Surendran berkata, RUU itu boleh menjejaskan hak membenarkan pembangunan semula tanpa persetujuan penuh dengan memaksa pemilik minoriti untuk mematuhi keputusan majoriti. 

“Perkara 13 undang-undang tertinggi itu menyatakan bahawa semua rakyat ada hak kepada pemilikan tanah. Tetapi apabila bila adanya URA ini, ia melanggar prinsip di bawah asas ini. Jadi, maksudnya URA ini secara prinsipnya memang tidak berperlembagaan dan tidak boleh terima.

“Tuntutan kita adalah tarik balik rang undang-undang itu sepenuhnya dan kerajaan kena cari ikhtiar lain untuk melakukan pembaharuan bandar seperti dilakukan di negara lain seperti Singapura.

“Kita tidak membantah mengenai pembaharuan semula tetapi bukan mengambil rumah dan tanah secara paksa yang tidak mengikut perlembagaan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. 

Pada minggu lalu, tujuh Ahli Parlimen PKR menyatakan kebimbangan mengenai RUU URA khususnya mengenai ambang persetujuan projek pembaharuan bandar setelah undang-undang itu telah dibentang pada bacaan kali pertama di Dewan Rakyat dan bacaan kedua dijadualkan pada Rabu ini. 

Surendran berkata, antara masalah dalam URA ialah klausa 21 dalam RUU itu dengan memberikan kuasa kepada menteri dan pihak berkuasa mengisytiharkan mana-mana bangunan atau perumahan sebagai kawasan pembaharuan bandar.

“Maknanya, menteri seorang boleh membuat keputusan untuk mengambil tanah, menggunakan akta pengambilan tanah atas mana-mana perumahan ataupun blok kondominium atau blok flat. Ini memberi terlalu banyak kuasa kepada menteri dan boleh disalahgunakan. 

“Apabila kita beri kuasa yang tiada batasan, kemungkinan wujud salah guna dan yang akan derita itu adalah rakyat biasa. Jadi kita memang membantah kuat bahawa menteri diberi kuasa sepenuhnya, itu tidak betul,” katanya. 

Katanya, proses rundingan itu tidak melibatkan penduduk bagi menyatakan hak dan pendirian sebelum sesebuah pembaharuan itu dijalankan di samping tiada laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) sebagai kayu pengukur mana-mana pembangunan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN