Tun Musa Aman arah siasatan menyeluruh kes Zara Qairina

Tun Musa Aman arah siasatan menyeluruh kes Zara Qairina

TUN MUSA AMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Menurut kenyataan media dikeluarkan Istana Negeri hari ini,
Tun Musa berharap siasatan dijalankan mestilah dengan penuh teliti

“Siasatan ini mestilah dilaksanakan dengan penuh ketelitian, tanpa rasa takut atau pilih kasih, berlandaskan kepada kebenaran dan keadilan. Setiap aspek mesti disiasat sepenuhnya,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, pihak istana juga menyeru orang ramai, khususnya pengguna media sosial, supaya tidak menyebarkan spekulasi, membuat tuduhan tidak berasas, atau menggalakkan teori konspirasi yang boleh menjejaskan siasatan dan menyukarkan lagi situasi bagi keluarga mangsa.

“Tindakan sedemikian bukan sahaja boleh menggugat integriti siasatan, malah boleh menyebabkan kesedihan yang lebih mendalam kepada keluarga Zara yang sedang berduka,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham, Majlis Tahlil dan Doa Peringkat Negeri akan diadakan pada Khamis ini selepas solat Maghrib di Masjid Kota Kinabalu, dan turut dilangsungkan serentak di semua masjid dan surau di seluruh negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN