Transaksi tanpa tunai JPJ rekod kutipan RM5.6 bilion

Transaksi tanpa tunai JPJ rekod kutipan RM5.6 bilion

AEDY Fadly Ramli (dua kiri) meninjau orang awam menggunakan pembayaran tanpa tunai e-dompet di JPJ Galeria, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah merekodkan 46.5 juta transaksi tanpa tunai setakat 24 Ogos lalu membabitkan kutipan sebanyak RM5.6 bilion.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, jumlah itu meningkat berbanding yang direkodkan tahun lalu susulan pengenalan transaksi tanpa tunai melalui bayaran e-dompet.

Beliau berkata, daripada jumlah transaksi yang direkodkan tahun ini, sebanyak 805 transaksi tanpa tunai dicatatkan dengan kutipan mencecah RM73,109.20.

“Kaedah pembayaran tanpa tunai melalui e-dompet di semua kaunter JPJ di seluruh negara telah bermula hari ini menggunakan aplikasi Touch ‘n Go, GrabPay, MAE atau Boost.

“Setakat ini, JPJ telah merekodkan peningkatan positif dalam penggunaan transaksi tanpa tunai bermula tahun 2024 dengan pelaksanaan fasa rintis di JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Hasilnya, JPJ telah memperluaskan pelaksanaan secara berfasa di seluruh negara, melibatkan pengaktifan 1,183 unit terminal Electronic Data Capture (EDC) dan aplikasi M-Device di semua kaunter JPJ,” katanya ketika berucap pada
Majlis Peluncuran Pembayaran Tanpa Tunai Melalui Kaedah E-Dompet di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya telah melaksanakan siri latihan intensif kepada pegawai-pegawai kaunter JPJ sejak Februari hingga Mac lalu bagi memastikan kelancaran kaedah e-dompet itu.

Aedy Fadly berkata, pihaknya percaya kaedah pembayaran ini akan terus meningkatkan jumlah transaksi tanpa tunai di semua kaunter bermula hari ini.

Menurutnya, inisiatif ini bukan sahaja memudahkan urusan pelanggan, malah mengurangkan kebergantungan kepada wang tunai, meminimumkan risiko keselamatan kewangan dan menyokong usaha kerajaan mewujudkan persekitaran kerja tanpa tunai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN