ALOR SETAR: Taktik licik seorang wanita warga Thailand menukar nombor pendaftaran kenderaan untuk membeli diesel terbongkar selepas diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Kuala Nerang, kelmarin. Serbuan hasil aduan awam serta risikan pegawai KPDN itu mengesan sebuah kenderaan pikap yang mencurigakan ketika mengisi minyak di sebuah stesen di pekan berkenaan. Difahamkan, selepas selesai mengisi minyak, wanita terbabit membawa kenderaan ke bahagian belakang stesen…