PETALING JAYA: Tindakan tegas dikenakan terhadap pihak pengurusan institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) jika menyembunyikan kes buli dalam kalangan pelajar. Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sudah menjadi kesalahan jenayah sekiranya terdapat mana-mana pihak menyembunyikan kes buli. Katanya, tiada kompromi dalam kes buli dengan mana-mana terlibat dikenakan tindakan tegas meskipun membabitkan anak golongan berpengaruh dan berkedudukan tinggi. “Waktu awal-awal dulu bila…










