KUALA LUMPUR : Polis tidak mengesan sebarang kesalahan di dalam perhimpunan berkaitan isu Allahyarham Zara Qairina yang berlangsung di hadapan Kompleks Sogo pada Sabtu lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, setakat ini tiada sebarang kesalahan dikesan sepanjang pemantauan dilakukan. “Memang tidak ada kesalahan dikesan dan keadaan masih terkawal dengan baik. Namun, pihak polis tetap memberi peringatan jelas bahawa sebarang tindakan yang melanggar undang-undang akan diambil secara serius.…