Tiada kompromi salah laku buli - Fadhlina

Tiada kompromi salah laku buli – Fadhlina

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tiada sebarang kompromi terhadap kes salah laku buli di semua institusi pendidikan di bawah seliaannya.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, setiap kes mesti dikendalikan dengan adil serta telus mengikut garis panduan yang telah ditetapkan kementerian.

“Saya mengambil serius kejadian buli melibatkan seorang murid di Johor seperti yang dilaporkan media. Siasatan kes ini perlu disegerakan agar tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang murid lelaki berusia 10 tahun yang juga pesakit kanser hidung kini menderita akibat gegaran otak selepas didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama di Johor Bahru pada Februari lalu.

Ibunya, Siti Suhana Misdi, 39, turut meluahkan rasa kesal apabila pelaku berusia 12 tahun difahamkan tidak dikenakan tindakan sewajarnya dengan alasan masih di bawah umur.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor telah menziarahi murid terbabit yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

“Manakala siasatan sedang berjalan. Saya doakan semoga anak ini diberi kesembuhan segera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN