PETALING JAYA: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Johor menggesa pucuk pimpinan DAP serta DAPSY Kebangsaan agar segera memutuskan segala bentuk kerjasama dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh. Menurut DAPSY Johor, tidak ada lagi keperluan untuk bekerjasama dengan Dr. Muhammad Akmal yang didakwa mengamalkan politik samseng, terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. “Rakyat Malaysia menolak politik samseng. DAP dan DAPSY tidak seharusnya terus bersekongkol dengan beliau yang…