JERANTUT: Setiap kali tiba Bulan Kebangsaan, sekumpulan bekas pegawai Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pasti mengimbau pengalaman berharga dan tidak dapat dilupakan ketika bertugas di Ladang Batu Balai, Mukim Ulu Cheka, di sini sekitar 1980, iaitu saat negara masih bergelut dengan ancaman komunis. Tugas pegawai muda RISDA ketika itu adalah berulang-alik dari pekan Jerantut ke kawasan ladang setiap hari memikul tanggungjawab besar menjaga kebajikan pekebun kecil di…