Terima layanan bagai puteri, Intan Najuwa syukur miliki suami penyayang - Utusan Malaysia

Terima layanan bagai puteri, Intan Najuwa syukur miliki suami penyayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Selamat ulang tahun perkahwinan kedua buat cinta dalam hidup saya.”

Demikian luahan pelakon, Datin Intan Najuwa buat suami yercinta, Datuk Ahmad Azraf Azman sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua.

Intan berkata, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang bahkan melayannya seperti seorang puteri sejak hari pertama menjalin kasih.

“Dari hari pertama hingga sekarang, awak tak pernah biarkan saya buat kerja rumah, tidak biar saya risau hal-hal kecil.

“Awak manjakan, lindungi dan sayangi saya seperti seorang puteri,” katanya dalam Instagram.

Dalam hantaran sama, Intan juga mengakui dirinya kini lebih bahagia apatah lagi selepas kehadiran puteri kesayangannya, Imane Lunara yang menjadi penyeri kehidupan mereka.

“Kini dengan hadirnya anak perempuan kita, Lunara cinta kita terasa lebih sempurna dan bermakna.

“Saya bahagia menjalani hidup ini bersama awak,” ujarnya.

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Azraf pada Ogos 2023.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN