IPOH: Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari, menegur bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang menyifatkan ahli politik sebagai ancaman terbesar kepada Perlembagaan Persekutuan. Menurut Abdul Aziz, hakikatnya pelantikan Tengku Maimun sendiri dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekali gus membuktikan campur tangan politik dalam sistem kehakiman tidak boleh diketepikan. “Perlu difahami, pandangan ahli politik hanya kekal sebagai pendapat, walaupun mereka terpelajar…