Tanjak jualan Iman Nabihah laris

Tanjak jualan Iman Nabihah laris

IMAN NABIHAH Shahril menunjukkan tanjak merdeka di kiosk Nunuhouse di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor Bahru. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sambutan Hari Kebangsaan sentiasa memberi rezeki berganda buat seorang jurujual muda, Iman Nabihah Shahril, 20, apabila jualan bara­ngan berunsur patriotik di kiosk Nunuhouse miliknya habis terjual setiap kali tibanya 31 Ogos.

Bertempat di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, kiosk yang beroperasi setiap hari, sempena sambutan Merdeka mampu mencatat jualan lebih 100 unit pelbagai barangan de­ngan sambutan yang luar biasa.

“Alhamdulillah, setiap tahun pelanggan memang menunggu.

“Boleh dikatakan semuanya habis, terutama pakaian bera­gam untuk kanak-kanak sekolah rendah,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini, semalam.

Menurutnya, tanjak merdeka yang dijual menawarkan harga mampu milik iaitu antara RM29 hingga RM59 bagi kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun.

Selain pakaian, kiosk Nunuhouse turut menjual aksesori sempena Hari Kebangsaan se­perti keris hiasan berharga RM12, riben Jalur Gemilang RM20 dan tudung bendera yang dijual antara RM23 hingga RM32. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN