Tanda ahli Pas pegang prinsip ‘wala’

Tanda ahli Pas pegang prinsip ‘wala’

IDRIS Ahmad (kanan) menerima cenderamata pada Ceramah Umum Perdana sempena Ijtimak Kepimpinan Pas Negeri Terengganu 2025 di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, Terengganu. – MINGGUAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Kedudukan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Presi­den Pas yang dijangka kekal tanpa dicabar dalam pemilihan sempena Muktamar Tahunan Pas 2025, membuktikan ahli­nya berpegang kepada prinsip ‘wala’.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, kesepakatan dalam kalangan pemimpin dan akar umbi di seluruh negara menunjukkan tidak ada usul daripada mana-mana negeri mencabar kepemimpinan sedia ada.

Katanya, perkara itu jelas membuktikan ahli Pas tetap berpegang kepada prinsip wala atau kesetiaan terhadap pucuk pimpinan parti.

“Setakat ini, kita tidak mene­rima sebarang usul untuk mencabar jawatan Presiden, malah semua perwakilan sepakat untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi sebagai Presiden.

“Ini menggambarkan keutuhan dan penghormatan terhadap pimpinan tertinggi yang menjadi tunjang kekuatan parti,” katanya kepada Mingguan Malaysia selepas Cera­mah Umum Perdana sempena Ijtimak Kepimpinan Pas Negeri Terengganu 2025 di Dewan Merdeka, Kota Putera Square di sini, kelmarin.

Idris yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata, jangkaan terkini menunjukkan jawatan Presiden tidak dicabar, sekalipun dalam konteks perlembagaan parti ia terbuka untuk dipertandingkan seperti mana jawatan-jawatan lain.

“Namun, tradisi dalam Pas menunjukkan betapa ahli parti menghargai kestabilan dan kepercayaan terhadap pucuk pimpinan. Presiden masih sihat dan berkemampuan menjalankan tanggungjawab seperti biasa dan tiada isu berkait untuk digembar-gemburkan,” katanya.

Katanya, muktamar di Kedah bulan depan dijangka menjadi tumpuan berikutan perkembangan semasa politik tanah air, terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN