'Suspek kelar isteri dihantar jalani pemeriksaan psikiatri'

‘Suspek kelar isteri dihantar jalani pemeriksaan psikiatri’

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Guru lelaki yang mengelar leher isterinya sebelum bertindak mengelar diri sendiri di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, semalam akan dihantar untuk menjalani pemeriksaan mental di Wad Psikiatri di Jalan Perak, di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, ketika ini, suspek yang berusia 30 tahun itu berada dalam keadaan stabil, namun, masih menerima rawatan lanjut di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Suspek sudah menjalani pembedahan pada leher dan dia kini sudah sedar serta boleh berjalan. Polis juga akan mengambil keterangan daripada suspek dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sazalee sebelum itu memaklumkan bahawa isteri suspek yang juga seorang guru sudah dibenarkan keluar dari hospital tersebut.

Beliau berkata, polis bagaimanapun belum merekodkan sebarang keterangan daripada wanita terbabit berhubung kejadian berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, suspek didakwa bertindak mengelar leher isterinya sebelum mencederakan leher serta pergelangan tangan kirinya sendiri dengan menggunakan sebilah pisau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN