Suri rumah didakwa miliki 205 pasport dan kad pengenalan palsu

Suri rumah didakwa miliki 205 pasport dan kad pengenalan palsu

N. PAAVARTHY ketika tiba di Mahkamah Majistret, Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan memiliki 205 pasport antarabangsa Malaysia tanpa kuasa sah, satu kad pengenalan palsu dan empat kad pengenalan milik individu lain.

Tertuduh, N. Paarvathy, 41, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki 205 pasport antarabangsa tanpa kebenaran mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966. Bagi pertuduhan kedua, dia memiliki satu kad pengenalan palsu atas nama S. Kajenthiran di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001).

Manakala bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa memiliki empat kad pengenalan individu lain tanpa alasan munasabah mengikut Peraturan 25(1)(o) peraturan sama. Semua kesalahan dilakukan pada 11 Julai lalu di Pangsapuri Seri Pulai, kira-kira pukul 12.10 tengah malam.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhidayah Abdullah Sani mencadangkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan syarat melapor diri di balai polis setiap bulan.

Peguam tertuduh, M. Yogamani memohon jaminan dikurangkan kepada RM5,000 atas alasan anak guamnya tiada pendapatan tetap dan perlu menjaga suami serta ibu bapa mentua.

Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 September depan untuk serahan semula dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN