Suami isteri maut, bot terbalik dipukul ombak di Marang - Utusan Malaysia

Suami isteri maut, bot terbalik dipukul ombak di Marang

ANGGOTA keselamatan mengangkat mayat mangsa lemas selepas bot fiber dinaiki terbalik dipercayai dipukul ombak besar dan angin kencang di perairan Kuala Merchang, Marang, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Sepasang suami isteri yang keluar menangkap ikan di laut ditemukan lemas selepas bot fiber dinaiki terbalik dipercayai dipukul ombak besar dan angin kencang di perairan Kuala Merchang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mayat Abdul Rahim Mustaffa, 47, dan isterinya, Norhasriah Che Osman, 46, daripada Kampung Pulau Kerengga, di sini dijumpai nelayan tempatan.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd. Sofian Md. Redzuan berkata, berdasarkan siasatan awal, pasangan berkenaan keluar ke laut sekitar pukul 7.45 pagi dengan menaiki sebuah bot bersaiz kira-kira 20 kaki bagi menangkap ikan.

“Semasa menjalankan aktiviti, bot dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan setelah dipukul ombak kuat serta angin kencang lalu terbalik.

”Mangsa pertama, Norhasriah dijumpai nelayan tempatan pada pukul 4.30 petang manakala  suaminya, Abdul Rahim ditemukan kira-kira 15 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, keadaan cuaca di perairan Kuala Merchang sejak 28 Ogos lalu  didapati tidak menentu dengan laut bergelora serta angin kencang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN