GERIK: Berbeza dengan kebiasaan penoreh lain yang ke kebun seawal dinihari, sepasang suami isteri di Kampung Bongor di sini memilih untuk menoreh getah pada waktu malam. Nor Azurim Mat Isa, 34, dan suaminya, Mohd. Solihi Dzakaria, 38, keluar ke kebun sekitar pukul 11 malam dan selesai menoreh lebih 400 batang pokok getah menjelang pukul 2 pagi. Menurut Nor Azurim, mereka mula menoreh pada waktu malam sejak Ramadan lalu bagi mengelak…










