Siti Nurhaliza rai ulang tahun perkahwinan dengan pickleball - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza rai ulang tahun perkahwinan dengan pickleball

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sambutan Ulang tahun perkahwinan ke-19 Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menjadi lebih bermakna tahun ini apabila diraikan menerusi acara sukan pickleball yang diadakan di pusat riadah 9 Pickle, baru-baru ini.

Acara tersebut yang diusahakan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) turut dimeriahkan dengan penglibatan lebih 50 peserta yang tidak mahu ketinggalan meraikan sambutan istimewa penyanyi nombor satu negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata, aktiviti tersebut dipilih bersesuaian dengan minat penyanyi tersohor itu terhadap sukan popular tersebut.

“Kami memilih aktiviti sukan dan riadah untuk meraikan ulang tahun perkahwinan biduanita negara.

“Tambahan pula, Siti Nurhaliza sememangnya aktif dan menggemari sukan pickleball.

Dalam pada itu Mohd Aizuddin juga memaklumkan perancangan pihaknya untuk menganjurkan aktiviti yang sama di masa akan datang.

“Perancangan kami selepas ini adalah meraikan rakan selebriti dan pengamal media dengan aktiviti sukan pickleball ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN