Siti Bainun: Mahkamah Rayuan kekal hukuman penjara 12 tahun  - Utusan Malaysia

Siti Bainun: Mahkamah Rayuan kekal hukuman penjara 12 tahun 

SITI BAINUN AHD RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali atas kesalahan mengabaikan serta menganiaya remaja sindrom Down, Bella, pada 2021.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah sebulat suara menolak rayuan akhir Siti Bainun, 33, sambil menegaskan kecederaan Bella bukan berlaku secara kebetulan atau berpunca daripada dirinya sendiri. 

Keputusan itu mengekalkan hukuman Mahkamah Sesyen pada 3 Mei 2023 yang memerintah hukuman 10 dan 12 tahun penjara berjalan serentak, selain bon berkelakuan baik lima tahun dan khidmat masyarakat 200 jam selepas selesai menjalani hukuman.

Berita lanjut menyusul. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN