Siapa kita mahu menghukum? Usah menyibuk - Erma Fatima - Utusan Malaysia

Siapa kita mahu menghukum? Usah menyibuk – Erma Fatima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Untuk kes Anna ini, siapa kita mahu menghukum? Hanya mereka sahaja tahu kebenarannya. Usah menyibuk campur tambah garam gula lagi.”

Demikian kata pengarah dan penerbit, Erma Fatima yang meminta orang ramai untuk tidak cuba mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai tohmahan mahupun spekulasi susulan kemelut yang berlaku antara aktres, Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop.

Tegas Erma, perihal dalam kain yang melibatkan rumah tangga mahupun konflik keluarga tidak seharusnya dipertontonkan kepada umum memandangkan perkara itu hanya membuka ruang untuk meraih kecaman dan buli siber.

“Isu dalam kain bukan untuk perkongsian media sosial. Kita mengundang pelbagai spekulasi masyarakat dan akhirnya akan terbitnya kenduri kecaman.

“Siapa yang akan jadi mangsa? Netizen akan kupas isu luaran tanpa memahami apa yang terselindung di sebaliknya,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam hantaran sama, pengarah prolifik itu turut menyifatkan perbalahan keluarga antara ibu bapa dan anak-anak adalah perkara yang biasa berlaku namun, tidak dipertontonkan kepada umum.

“Bak kata orang, pokok tidak akan bergoyang kalau tiada angin, kalau bukan tangan kita sendiri yang menggoyangkannya. Banyak cerita sebelum ini isu ibu bapa dengan anak bila anak sudah jadi hebat dan popular.

“Tapi ada juga cerita yang dengar semua itu salah anak tetapi kadang-kadang ibu bapa yang lebih sudu dari kuah. Bukan anak mereka yang kena kejutan budaya, tetapi ibu bapa,” ujarnya.

Sebelum ini, hubungan Anna dan ibunya didakwa dingin selepas Ariz kelihatan hadir di balai polis susulan menerima perintah injunksi yang difailkan oleh aktres tersebut.

Malah, Ariz memaklumkan, dia kesal dengan tindakan aktres filem Lembayung itu kerana melayannya seperti ‘anjing kurap’ biarpun sudah bersusah payah berkorban harta demi kesenangan hidupnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN