Shahelmey ikut kami - Hajiji

Shahelmey ikut kami – Hajiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTATAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan bahawa Datuk Shahelmey Yahya akan membantu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Hajiji juga menyatakan keyakinan bahawa ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Putatan akan ditawan GRS dalam PRN iaitu Tanjung Keramat, Petagas dan Tanjung Aru.

Beliau kemudian menjawab persoalan mengenai haluan politik Shahelmey yang dikatakan sukar memandangkan Ahli Parlimen Putatan dan ADUN Tanjung Keramat tersebut harus melepaskan kerusi Parlimen sekiranya ingin mempertahankan kerusi DUN.

“Apa yang sukar. Dia ADUN dan juga Ahli Parlimen. Tetap menang punya,” katanya ketika
ditemui pemberita selepas merasmikan Program Anak Muda N22/N23/N24 2025 di sini hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS juga ditanya jika Shahelmey akan bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRN nanti.

“Dia akan ikut siurang (kami),” ujar beliau.

Sebelum ini, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keahlian parti Shahelmey dalam UMNO digantung selama enam tahun.

Shahelmey berisiko kehilangan kerusi Parlimen beliau jika ingin bertanding kerusi DUN dalam PRN nanti kerana melanggar undang-undang Anti Lompat Parti yang melarang individu melompat ke parti lain setelah memenangi pilihan raya atas tiket parti tersebut.

Beliau sebelum ini pemimpin UMNO digantung keahlian kerana menyertai kerajaan pimpinan Hajiji.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×