KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Hilman Idham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman awam. “Saya akan lawan dan minta dibicarakan”, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Amirah Abdul Aziz. Mengikut pertuduhan, Muhammad Hilman didakwa mengeluarkan kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam dan boleh…