BALIK PULAU: Dengan hanya membayar harga 90 sen, orang ramai boleh menikmati sepinggan nasi lemak panas dan sekeping roti canai pada setiap pagi Jumaat. Itu yang ditawarkan oleh Ibrahim Abdul Rahim, 43, iaitu pemilik Baen Cafe Ayaq Gajah yang terletak di Pulau Betong di sini bermula 29 Ogos ini. Menurut Ibrahim, selain nasi lemak atau roti canai, pelanggan boleh menikmati beraneka jenis kuih-muih serta minuman panas seperti teh tarik, milo…