Samsons bakal ukir Kenangan Terindah bersama peminat November ini - Utusan Malaysia

Samsons bakal ukir Kenangan Terindah bersama peminat November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan pop rock Indonesia, Samsons bakal mengadakan Konsert Samsons Live In Malaysia: Kenangan Terindah di Idea Live Arena, pada 9 November ini.

22 tahun menjadi penyeri industri muzik Indonesia dan Malaysia, konsert istimewa anjuran Orlaith Inc itu juga bakal mengukir memori bersejarah buat peminat tanah air menerusi lagu hits mereka yang malar segar.

Antara lagu-lagu Samsons yang sentiasa menjadi siulan peminat sehingga hari ini ialah Kenangan Terindah, Naluri Lelaki, Akhir Rasa Ini, Bukan Diriku dan Rayu.

Bukan itu sahaja, Samsons yang terkenal dalam menghasilkan lagu-lagu yang sarat dengan emosi itu bakal menghidupkan kembali kenangan lama sambil mencipta yang baharu.

Selain menjanjikan persembahan bertenaga, Samsons juga akan membawakan setiap lagu mereka dengan susunan muzik yang berbeza bahkan lebih segar demi membuatkan penonton merasa seperti sedang berada di tengah cerita mereka sendiri.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket Konsert Samsons Live In Malaysia: Kenangan Terindah bermula daripada RM154 melalui laman sesawanh Ticket2U, www.ticket2u.com dan Fantopia, www.fantopia.app.

Untuk pengalaman lebih istimewa, peminat boleh memilih VVIP All Access + Barangan Eksklusif atau Meet & Greet bagi peluang bertemu Samsons secara dekat dan membawa pulang kenangan peribadi yang tidak ternilai.

Untuk info, Samsons terdiri daripada lima orang ahli iaitu Irfan (bes), Bams (vokalis), Erik Partogi Siagian (gitar), Aldri Dataviadi (gitar) dan Konde (dram).

Meskipun kumpulan itu ditubuhkan pada 2025, hubungan mereka masih lagi kekal utuh malah lagu-lagu mereka masih lagi menjadi kegemaran dalam kalangan pendengar sehingga kini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN