Salah guna kuasa: Pengarah jabatan kerajaan ditahan

Salah guna kuasa: Pengarah jabatan kerajaan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan seorang pengarah jabatan kerajaan kerana disyaki telah menyalahgunakan jawatan dengan mengesyorkan syarikat milik suaminya bagi pembekalan makan serta minum untuk sebuah program pada 2017.

Menurut sumber, suspek wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan sekitar pukul 11 pagi tadi di Pejabat SPRM Pulau Pinang ketika hadir untuk memberikan keterangan.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai telah menyalahgunakan jawatan yang dimilikinya itu semasa berkhidmat sebagai seorang pegawai di daerah Seberang Prai Utara (SPU) sebelum ini.

“Penyalahgunaan kuasa tersebut dilakukan dengan mengesyorkan syarikat milik suaminya yang melibatkan pembekalan makanan serta minuman berjumlah hampir RM4,000,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan telah dilakukan terhadap suspek dan memberitahu, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek juga akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth pada Khamis ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN