Rumah sewa jadi stor simpan rokok seludup RM2.2 juta

Rumah sewa jadi stor simpan rokok seludup RM2.2 juta

WAN Jamal Abdul Salam Wan Long (dua dari kiri) bersama pegawai menunjukkan rokok seludup semasa sidang akbar di Ibu Pejabat JKDM Kelantan, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Taktik sindiket yang menjadikan sebuah rumah sewa sebagai stor simpanan sebanyak 14,400 karton rokok bernilai lebih RM2.2 juta termasuk cukai terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyerbu kediaman tersebut di Kampung Bendang Kerian, Tumpat, dekat sini, dua minggu lalu.

Tiada suspek atau ahli sindiket tersebut berada di dalam rumah itu semasa serbuan dijalankan kira-kira pukul 11.30 pagi pada 5 Ogos lalu.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, sebelum serbuan dijalankan, Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan JKDM Kota Bharu membuat intipan selama dua minggu terhadap rumah itu selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Katanya, anggota bertugas terpaksa memecahkan pintu rumah tersebut yang berkunci sebelum menjumpai rokok seludup berkenaan di kawasan ruang tamu.

“Pemeriksaan mendapati, sebanyak 228 kotak yang berisi 14,400 karton rokok atau 2.8 juta batang rokok seludup ditinggalkan di dalam rumah itu. Kesemua rokok seludup itu dianggarkan bernilai RM316,800 dengan jumlah duti atau cukai sebanyak RM1.9 juta,” katanya dalam sidang akhbar di bu Pejabat JKDM Kelantan, di sini, hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam berkata, siasatan lanjut mendapati semua rokok tersebut diseludup dari negara jiran untuk dijual kepada pasaran luar Kelantan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN