Nabila Huda kembali diserang ‘slip disc’ - Utusan Malaysia

Nabila Huda kembali diserang ‘slip disc’

Nabila
NABILA HUDA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Masa hari cuti inilah slip disc menyerang.”

Demikian perkongsian pelakon, Nabila Huda yang menderita penyakit slip disc yang kronik.

Nabila berkata perancangannya terpaksa dibatalkan kerana menahan sakit akibat penyakit tersebut.

Katanya, kesakitan yang ditanggung memaksa dia untuk berehat di rumah.

”Orang sudah rancang aktiviti hari ini. Hendak pergi gimnasium, pergi restoran ben’s, memasak dan basuh pakaian.

”Sekarang hanya mampu baring sahaja, tak boleh bergerak,” katanya menerusi Thread.

Terdahulu Nabila memuat naik pengalaman berdepan penyakit itu menerusi Instastory.

”Ini yang berlaku apabila saya terlebih menggunakan badan saya.

“Saya degil, melakukan kerja berat, mengabaikan sesi fisioterapi, tidak mengendahkan amaran dan sekarang, slip disc kembali menyerang,” kongsinya.

Beberapa bulan lalu, pelakon ini memaklumkan penyakit slip disc yang dihadapinya kembali menyerang, memaksa dia merujuk perkara itu kepada doktor pakar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN